Entry kali ni saya nk update pasal percutian keluarga pada cuti sambutan Hari Raya Cina baru2 ni.... Saya dan abang telah merancang percutian ni sebulan yg lalu (hjg tahun 2011). Abang telah membuat booking apartment di Cameron Highland. Kami plan nk bw mak bercuti bersama2.
Pada 22/1/2012 kami bertolak pada pukul 11.30 pagi... Syukur perjalanan agak lancar kecuali dari Cameron Highland nk ke Tanah rata, agak sesak. Kami stuck jam disitu Hampir 1 Jam lebih... Jaraknye hanyalah lebih kurang 5km. Sampai di Tanah Rata, Kami mencari kedai untuk makan tengahari. Kami tiba di Tanah Rata lebih Kurang jam 3.30 petang. Selepas Makan, kami bergerak ke Apartment yang telah abg tempah iaitu Heritage Hotel. Kami berehat sehingga petang. dalam pukul 8.00 malam kami bersiap untuk ke pasar malam di Brinchang, Cameron Highland. Pasar di Brinchang buka pada hari minggu dan cuti umum/am. Pasar malam ini menjual pelbagai barangan hasil pertanian dan pelbagai makanan seperti, teh dari bharatia valley, buah strawberry, sayur2an, jagung (mentah dan telah dibakar/rebus), murtabak dan macam2 lagi la. Setelah penat berjalan dan meneroka pasar malam tersebut, kami pun kembali ke tanah rata sekitar jam 11 malam untuk mencari kedai makan. Malang sekali rata2 kedai makan di cameron highland tutup sekitar jam 10.30 - 11.00 malam. Nasib kami baik apabila ade satu kedai mamak masih menerima pengunjung pada tgh malam. kami pun singgah makan di kedai mamak Mutiara Nasi Kandar. Selepas makan, kami keletihan dan kami pulang ke hotel untuk berehat.
Keesokan harinya seawal 9 pagi kami keluar untuk berjalan2 sekitar cameron highland. Kami pergi ke Pasar pagi yg menjual pelbagai barangan hasil dari tanaman dari penduduk di situ. Bunga segar juga ade dijual disini. Kami pun memborong la buah tangan tuk sedara mara dan rakan2 untuk dibawa pulang. Puas bershoping kami pun pergi berjalan ke tempat pembiakan rama-rama. pelbagai jenis rama2 ade di situ xkurang juga haiwan2 berbisa seperti spider, kala jengking, pelbagai jenis katak, pelbagai jenis ular, chip munk dan banyak lagi. Jika ingin masuk ke kawasan ni pengunjung dikenakan bayaran, dewasa RM5 dan kanak2 RM3. Setelah puas meronda di ladang rama2, kami berpindah pula ke tempat pembiakan lebah untuk menghasilkan madu. ladang lebah ini tidak perlukn bayaran. masuk percuma. setelah itu kami kembali ke tanah rata untuk mencari mkn tghari. tetapi kami merancang untuk mkn di hotel sahaja. abang pergi KFC yg berhampiran untuk membeli mknn. Kami pulang untuk berehat. Pada pukul 6 ptg kami keluar semula utk berjalan2 di ladang teh. kami amat tertarik sekali dgn permandangannye. sungguh cantik ciptaan Tuhan. Kami singgah di cafe untuk mnikmati teh yg boleh dibeli di situ. kami minum petang di ladang teh. setelah itu kami terus mencari kedai utk mkn mlm pula. selesai mkn malam, kami kembali ke pasar malam brincahang umtuk membeli sedikit buah tgn. selepas itu kembali ke hotel semula untuk berehat. Puas berjalan2 di cameron highland. Suasana yg amat sejuk dan nyaman.
Hari ke3, telah sampai waktu utk pulang ke rumah. kami bertolak seawal 9 pagi. setelah perjalanan lebih kurang 1 1/2 jam, kami berhenti di Lata Iskandar (kawasan air terjun yg cantik). kami makan tghari di situ. saya amat tertarik dgn buah cempedak durian yg dijual disitu. Amatlah manis dan sedap. Selepas itu kami teruskan perjalanan kembali ke destinasi (rumah). Itu sahaja coretan saya utk entry kali ini. Seperti biasa, saya akan hidangkan sedikit gambar yg sempat saya ambil. Selamat Membaca.
Masih dalam perjalanan...... penin2 lalat nih....
Di restoran Mutiara Nasi Kandar pada jam 11 malam... Anak abangku, Zharif yg tembam!!
Berjalan2 di ladang strawberry.... Sedang asyik menikmati (Strawberry+Vanila Ice Cream+Whipped Cream+Choc Rise)... Heaven.....
Saya Bersama Hubby tersayang di ladang teh sambil menikmati teh berperisa....
Pic Kami Sekeluarga.........Keluarga kami kecil sahaja..... Taraaaa..... Luv u mom....
Sekian Sahaja buat kali ini.... Sayonara.... Berjumpa lagi yeah....
No comments:
Post a Comment